Berita

Cuba sogok polis RM200 untuk dapat permit rentas negeri

PELAKON, Pengarah antara yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah menerusi serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar semalam.  
- Diterbit 5 Februari 2021 3:49 PM MYT

SEORANG buruh binaan warga asing ditahan selepas didakwa cuba memberi rasuah RM200 kepada anggota polis bagi mendapatkan permit merentas negeri di Balai Polis Bukit Tinggi, Bentong kira-kira 207 kilometer dari sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata suspek lelaki berumur 28 tahun itu didakwa datang ke balai tersebut sekitar 9.40 pagi bagi memohon permit perjalanan dari Bentong ke Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun permohonan itu ditolak difahamkan kerana alasan ingin bertemu rakan yang diberikan suspek bukanlah satu urusan penting untuk membolehkan dia diberikan kelulusan.

“Suspek dikatakan telah mengeluarkan dua keping wang tunai RM100 untuk diberikan kepada ketua balai dan tiga anggota yang bertugas selepas dimaklumkan permohonan itu ditolak,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Zaiham berkata suspek ditahan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Raub bagi tindakan selanjutnya. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas