Selera

Croissant Pastry Crust jadi rebutan

||||||||
- Diterbit 28 Jun 2019 6:04 AM MYT

Oleh NAZWIN NAZRI
[email protected]
Foto NAZIRUL ROSELAN

SIAPA sangka di sudut bangunan Aras 1, Kompleks Perbadanan Putrajaya (PPj), Presint 3 mempunyai sebuah kafe kecil yang menjual pelbagai jenis pastri
dan kek.

Dibuka pada 2016 iaitu di zaman kafe hipster mencipta nama, pengasas Pastry Crust mengambil langkah sendiri dan tidak terpengaruh dengan trend masa itu
sebaliknya menampilkan kelainan pada kedainya.

Berkeluasan 12×4 kaki bersegi, kedai kecil milik Nurbaiti Mohd. Zin ini mengetengahkan gaya klasik Scandinavia dan Eropah. Kelihatan ringkas dengan rak kayu palet yang disusun di sekeliling, kedai ini juga menyediakan beberapa buah meja dan kerusi kayu beserta payung untuk pengunjung menikmati hidangan secara terus
dan santai.

“Trend selalunya tidak kekal. Oleh itu saya menekankan konsep ‘timeless’ pada Pastry Crust ini dan memilih unsur klasik Scandinavia dan Eropah.

“Pernah menetap di Scotland, saya memilih untuk membawa budaya dan corak kedai di sana ke negara kita. Saya juga ada mengumpul beberapa barang menarik ketika melawat adik di Ireland.

“Jadi, kesemua barangan itu dihias dan diletakkan di kedai. Dekorasi di sini juga dibuat sendiri termasuk
lukisan peta dunia pada dinding dan cat kerusi meja serta kedai ini,” katanya yang berpengalaman dalam seni reka grafik dan bekas pelajar di sekolah seni.

‘Grab n Go’

Menekankan konsep Grab n Go atau layan diri, kafe yang diusahakan sejak Mei 2016 itu sentiasa menjadi
tumpuan pengunjung Kompleks PPj seawal pukul 7.30 pagi.

Malah pengunjung kedai kecil molek itu tidak lekang walaupun waktu tutup operasi ditetapkan
pada pukul 6.30 petang.

“Pengunjung selalunya duduk di sini sambil bersantai bersama rakan-rakan mereka sehingga pukul 7 petang dan kadang-kadang lebih lewat daripada
itu.

“Lagipun menu yang dijual di sini sesuai dijamah setiap masa dan antara makanan berkhasiat yang disarankan pakar pemakanan khususnya untuk mereka yang
sedang berdiet,” katanya yang turut menyajikan
bubur nasi krup krap.

Pastri

Pastri pasti menjadi tumpuan. Kepelbagaiannya membolehkan pengunjung membuat pilihan malah tidak membosankan sekiranya kunjungan dilakukan setiap hari.

Selain chocolate twist yang sentiasa habis, Pastry Crust yang memegang tagline ‘Life Happens, Coffee Helps’ turut menyajikan chicken pie, cheese & chicken croissant dan croissant & butter sweet.

“Kita turut menyediakan menu sarapan pagi seperti nasi lemak, bihun, spageti, aglo-olio dan kuih-muih di samping sup cendawan yang disajikan bersama garlic
bread.

“Pengunjung juga boleh memilih pelbagai aneka kek antaranya red valvet dan pandan selain bubur nasi krup krap.

“Bagi minuman pula, Pastry Crust menyediakan kopi Muar yang juga merupakan signature kedai serta minuman berkarbonat jenama Freez yang dibawa
masuk dari Lebanon. Pengunjung juga boleh mendapatkan biskut atau popcorn untuk santapan ringan,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Menurut Nurbaiti, kafe tersebut dibuka kerana dia ingin mencabar diri dalam bidang perniagaan selain turut didorong oleh suami yang merupakan Chef Eksekutif Kumpulan di Johor.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas