Covid: Sampel ujian PCR dan RTK-AG semalam 92,420 – Dr Noor Hisham
KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Kredit foto oleh: The Sun Daily

Covid: Sampel ujian PCR dan RTK-AG semalam 92,420 – Dr Noor Hisham

JUMLAH sampel ujian COVID-19 menggunakan RT-PCR (PCR) dan RTK Antigen (RTK-Ag) yang dicatatkan semalam, adalah 92,420.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di twitter memaklumkan ia merangkumi 53,876 ujian PCR dan 38,544 RTK-Ag.

“Dimaklumkan untuk tanda aras ujian COVID-19, pihak WHO menetapkan ujian yang memadai adalah bagi setiap kes positif sekurang-kurangnya 10 kes negatif dan sebaik-baiknya 30 kes negatif,” katanya.

Selain itu, jumlah sampel ujian COVID-19 dalam tempoh 14 hari lepas yang direkodkan oleh Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam (SIMKA) ialah, 54,153 PCR dan 42,873 RTK-Ag pada 9 Jun, manakala pada 8 Jun ialah 46,189 PCR dan 45,570 RTK-Ag.

Pada 7 Jun pula mencatatkan 45,207 PCR dan 34,518 RTK-Ag; 6 Jun (51,845 PCR dan 34,858 RTK-Ag); 5 Jun (59,111 PCR dan 39,257 RTK-Ag); 4 Jun (67,489 PCR dan 42,734 RTK-Ag); 3 Jun (65,186 PCR dan 47,828 RTK-Ag).

Selain itu pada 2 Jun (66,532 PCR dan 49,411 RTK-Ag); 1 Jun (67,801 PCR dan 45,520 RTK-Ag); 31 Mei (58,303 PCR dan 48,585 RTK-Ag); 30 Mei (61,653 PCR dan 34,290 RTK-Ag); 29 Mei (72,558 PCR dan 39,167 RTK-Ag); serta 28 Mei (78,664 PCR dan 46,768 RTK-Ag). – BERNAMA

CATEGORIES