Berita

COVID: Kes baharu rekod 5,841 kes hari ini – KP Kesihatan

PERKEMBANGAN terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini sebanyak 716,847. Kredit foto: CPRC Kebangsaan
- Diterbit 24 Jun 2021 8:26 AM MYT

UNTUK hari kedua berturut-turut, jumlah kes baharu harian COVID-19 di negara ini melebihi angka 5,000  dengan 5,841 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Menerusi perkongsian di  laman Twitter hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 597 kes berbanding 5,244 kes, semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah terkumpul  kes COVID-19 di negara ini sebanyak 716,847.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,072 kes, diikuti Negeri Sembilan (781);  Sarawak (581); Kuala Lumpur (552); Johor (346); Kedah (271); Melaka (247); Labuan (212); dan Sabah (203).

Pahang pula mencatat 162 kes; Kelantan (135); Perak (120); Pulau Pinang (108); Terengganu (29); Putrajaya (17); dan Perlis lima kes. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas