Berita

COVID: Kes baharu kembali meningkat dengan 5,244 kes hari ini – KP Kesihatan

PERKEMBANGAN terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 711,006. Kredit foto: Twitter
- Diterbit 23 Jun 2021 7:23 AM MYT

KES baharu COVID-19 di negara ini kembali meningkat kepada 5,244 kes selepas dua hari berturut-turut merekodkan bawah angka 5,000.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perangkaan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 501 kes berbanding 4,743 kes, semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 711,006.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak  2,001 kes diikuti Negeri Sembilan (677); Sarawak (577); Kuala Lumpur (531); dan Johor (282).

Pahang pula mencatat 245 kes, Kedah (189), Melaka (180), Sabah (129), Pulau Pinang (159), Kelantan (81), Labuan (77), Perak (75), Terengganu (27); Putrajaya (13); dan Perlis hanya satu kes. — BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas