Berita

COVID: Kes baharu kekal bawah 5,000 dua hari berturut-turut

KES varian Beta dikesan di negeri Pulau Pinang, Sabah, Kedah dan Perlis, manakala satu kes varian Delta di Negeri Sembilan.
- Diterbit 22 Jun 2021 7:34 AM MYT

KES baharu COVID-19 di negara ini kekal di bawah 5,000 kes selama dua hari berturut-turut.

Menerusi perkongsian di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 4,743 kes direkodkan hari ini, namun meningkat sebanyak 232 kes berbanding 4,611 semalam.

Perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 705,762 kes.

Dr Noor Hisham berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 1,566 kes diikuti Kuala Lumpur (635), Negeri Sembilan (585), Sarawak (507) dan Johor (293).

Sementara, Pulau Pinang mencatat 195 kes, Sabah (193), Melaka (167), Kelantan (165), Kedah (142), Pahang (131), Labuan (104), Perak (68), Terengganu (37), Putrajaya (tujuh) dan Perlis (dua). – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas