COVID: 5,812 kes baharu, kekal lebih 5,000 tiga hari berturut-turut
5,812 kes baharu hari ini, Selangor rekod angka tertinggi dengan 2,187. Kredit foto oleh: BERNAMA

COVID: 5,812 kes baharu, kekal lebih 5,000 tiga hari berturut-turut

KES baharu COVID-19 di negara ini bagi tempoh 24 jam merekodkan sebanyak 5,812 kes, kekal melebihi angka 5,000 untuk tiga hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak COVID-19 di Malaysia kini 722,659 kes.

Menerusi perkongsian di  laman Twitter hari ini, beliau berkata Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,187 kes, diikuti Kuala Lumpur (771); Sarawak (673); Negeri Sembilan (658); Pulau Pinang (270) dan Melaka dengan 223 kes.

Sementara, Johor merekodkan 196 kes; Kedah (186); Sabah (156); Pahang (139); Labuan (123); Kelantan (98); Perak (72); Terengganu (46) dan Putrajaya (14), manakala Perlis sifar kes. – BERNAMA 

CATEGORIES