COVID: 57 kematian hari ini, jumlah kumulatif kes kematian lepasi angka 5,000
JUMLAH kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 di Malaysia mencecah 5,001 orang atau 0.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Foto - BERNAMA

COVID: 57 kematian hari ini, jumlah kumulatif kes kematian lepasi angka 5,000

SEBANYAK 57 kematian COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat pandemik berkenaan di Malaysia mencecah 5,001 orang atau 0.68 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata, sebanyak 54 kematian melibatkan warganegara manakala tiga lagi  bukan warganegara.

“Sebanyak 15 kes kematian dilaporkan di Selangor, Negeri Sembilan (13), Johor (enam), Melaka (lima) dan masing-masing tiga kes di Kuala Lumpur, Labuan dan Perak. Sarawak, Kedah, Pahang dan Kelantan masing-masing mencatatkan dua kes kematian sementara satu kes kematian dilaporkan di Pulau Pinang,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata,  jumlah kes aktif COVID-19 di seluruh negara hari ini adalah 61,812 kes dengan 899 orang  dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 451 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau berkata sebanyak 22 kluster baharu COVID-19 direkodkan dengan 16 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja iaitu empat di Selangor, tiga di Kuala Lumpur dan masing-masing dua di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka serta tiap-tiap satu kluster di Sarawak, Kedah dan Kelantan.

Enam lagi adalah  kluster komuniti membabitkan dua di Sarawak dan masing-masing satu di Terengganu, Kelantan, Johor dan Kedah. – BERNAMA

CATEGORIES