Berita

Covid-19: WP belum keluar dari zon bahaya

ANNUAR ketika mengadakan sidang akhbar secara live dari bangunan Yayasan Wilayah Persekutuan, Kampung Baru hari ini.
- Diterbit 4 April 2020 10:28 AM MYT

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melahirkan rasa syukur kerana usaha untuk mengekang jangkitan Covid-19 di Wilayah Persekutuan berjaya dikawal.

Beliau berkata, setakat ini Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan sebanyak 578 kes manakala 10 kes lagi di Labuan.

“Ada kes baharu sebanyak 14 dan kematian seramai tujuh orang. Tiada kes baharu di Labuan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa, Wilayah Persekutuan belum keluar dari zon merbahaya dan mahu semua warga di ibu kota terus mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita menyeru semua warga Wilayah Persekutuan terus mematuhi PKP, mendisiplinkan diri untuk pastikan amalan pencegahan termasuk gunakan topeng muka, kerap mencuci tangan, amalan penjarakan sosial dan kekal berada di rumah masing-masing sehingga tempoh diberitahu kelak, ini rayuan harian yang saya buat,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas