Berita

Covid-19: Penambahan kes di Selangor Mansion, Menara City One

- Diterbit 13 April 2020 1:19 PM MYT

PUTRAJAYA- Sebanyak tujuh kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di Bangunan Selangor Mansion di Jalan Masjid India setakat hari ini berbanding semalam iaitu 32 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Selangor Mansion ialah sebanyak 82 kes.

“Malah, di Menara City One juga mencatat penambahan kes iaitu lapan kes baharu dan menjadikan jumlah keseluruhan ialah sebanyak 39 kes.

“Bagaimanapun, di Bangunan Malayan Mansion masih lagi kekal dengan empat kes dan tiada penambahan kes positif Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Selangor Mansion mencatat 32 kes baharu yang mana sebelum ini jumlah kes direkodkan ialah 43 kes dan jumlah yang disaring di bangunan tersebut adalah 898 orang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas