Berita

COVID-19: Masjid, surau Jumaat, surau di Wilayah Persekutuan disaran adakan solat hajat

- Diterbit 7 Oktober 2020 6:55 AM MYT

SEMUA masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan disaran melaksanakan solat hajat selepas solat Maghrib selama tiga hari berturut-turut mulai hari ini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Mohd Ajib Ismail berkata solat sunat hajat yang disaran diadakan pada 7, 8 dan 9 Okt itu bertujuan memohon dilindungi dan dihindari daripada penularan wabak COVID-19.

“Marilah kita semua terus berdoa dan bermunajat agar Allah SWT sentiasa melindungi negara Malaysia tercinta daripada wabak merbahaya ini, mengurniakan kesembuhan bagi semua yang telah dijangkiti serta mempermudahkan urusan semua pihak bagi mendepani ujian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas