Berita

Covid-19: 95 kes pulih, 84 kes baharu

- Diterbit 19 April 2020 10:40 AM MYT

PUTRAJAYA – Seramai 95 pesakit Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar dari wad pada hari ini manakala 84 kes baharu direkodkan .

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih ialah 3,197 kes atau 59.32 peratus.

“Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini mencecah 5,389. Daripada jumlah ini, 2,103 kes aktif dan semua pesakit telah diasingkan.

“Seramai 46 pesakig dirawat di Unit Rawatan Rapi( ICU) dan 26 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambah Dr Noor Hisham, terdapat satu kematian dilaporkan dan menjadikan jumlah keseluruhan kematian 89 kes.

“Kes itu melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 51 tahun. Pesakit adalah kontak rapat dengan salah seorang pesakit Covid-19 dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas