Berita

Covid-19: 47 kes baharu, 21 babitkan individu balik dari luar negeri

DR NOOR HISHAM ABDULLAH
- Diterbit 18 Mei 2020 10:09 AM MYT

PUTRAJAYA – Sebanyak 21 kes daripada 47 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini dikesan dari individu yang pulang dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulkah berkata, dari 26 kes tempatan, 17 darinya membabitkan warga asing.

“Pertambahan kes baharu menjadikan jumlah kesuruhan 6,941 kes. Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,213.

“13 pesakit kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan enam memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, 44 kes disahkan pulih dan dibenarkan keluar hospital.

Jumlah itu menjadikan kes sembuh mencecah 5,615 kes iaitu 80.9 peratus dari keseluruhan kes.

“Tiada kes kematian dilaporkan hari ini dan jumlah kekal 113 kes iaitu 1.63 peratus dari keseluruhan kes,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Facebook hari ini menegaskan mangsa ke-113 menpunyai kaitan Covid-19 berdasarkan keputusan ujian.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak bermakna kematian mangsa berpunca dari virus itu memandangkan beliau menghidap barah peringkat akhir.

“KKM menyeru masyarakat untuk semak dahulu sebelum mempercayai dan menyebarkan berita atau maklumat yang belum disahkan di media sosial. Elak dari menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas