Berita

COVID: 17,105 kes baharu hari ini – KP Kesihatan

17,105 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini. Gambar - Twitter KKM
- Diterbit 3 Ogos 2021 8:01 AM MYT

SEBANYAK 17,105 kes baharu COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran di Facebook beliau berkata kes baharu itu menjadikan kumulatif kes di Malaysia kini mencecah 1,163,291 kes.

Beliau berkata Selangor kekal negeri dengan kes harian paling tinggi iaitu 5,836 kes diikuti Kuala Lumpur (2,309); Johor (1,275); Kedah (1,036); dan Sabah (1,010).

Perak pula merekodkan 967 kes baharu, Kelantan (915), Negeri Sembilan (816), Pulau Pinang (798), Pahang (628), Melaka (508), Sarawak (494), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (tujuh) dan Labuan (lima). – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas