Berita

COVID: 11,079 kes baharu, tertinggi pernah dicatatkan

 KES baharu harian COVID-19 mencatatkan 11,079 kes, yang tertinggi dicatatkan sejak Malaysia. Foto - Twitter KKM
- Diterbit 13 Julai 2021 8:34 AM MYT

KES baharu harian COVID-19 mencatatkan 11,079 kes, yang tertinggi dicatatkan sejak Malaysia dilanda wabak itu.

Sebelum ini, catatan tertinggi kes baharu harian COVID-19 yang direkodkan adalah 9,353 kes pada 10 Julai lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam Twitter memaklumkan Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi dengan 5,263 kes diikuti Kuala Lumpur (1,521); Negeri Sembilan (1,033); Kedah (497); Sarawak (472); Johor (406) dan Perak (329).

Selain itu, Melaka mencatatkan 323 kes; Pahang (321); Sabah (239); Pulau Pinang (234); Kelantan (211); Terengganu (93); Putrajaya (77) dan Labuan (60), sementara tiada kes baharu COVID-19 di Perlis. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas