Biz

CMary sasar jualan RM3.4 juta

Siti MARIAM bersama Wan Azli menunjukkan produk CMary Gluta Colla yang telah mengubah wanita ini daripada seorang OKU kepada usahawan berjaya.
- Diterbit 13 Mac 2020 7:34 AM MYT

PUTRAJAYA – Chanteq Sihat Trading, syarikat bumiputera yang mengasaskan produk mkananan tambahan dan kesihatan, Cmary Gluta Colla menyasarkan jualan RM3.4 juta sehingga akhir tahun ini.

Pengarah Urusannya, Siti Mariam Ismail, 43, berkata, pihaknya yakin mampu mencapai matlamat tersebut berdasarkan kepada kejayaan menjual sebanyak 7,000 botol dengan harga jualan RM150 seunit dalam tempoh kurang dua tahun sebelum ini.

“Produk makanan tambahan ini mempunyai pelanggan tetap dan dibeli secara ulangan sejak diperkenalkan dua tahun lalu.

“Dengan sokongan pembeli baharu, produk ini mampu mencecah jualan kira-kira 2,000 botol sebulan, katanya dalam sidang akhbar di sini baru-baru ini.

Siti Mariam berkata, bagi meningkatkan jualan, selain menggunakan stokis dan ejen seramai 80 orang, dia turut mengubah strategi pemasaran kepada teknik pemasaran digital.

Usahawan wanita pemegang kad orang kurang upaya (OKU) ini menganggap kecacatan bukan penghalang untuk meraih kejayaan.

Cerita Siti Mariam, dia pernah tergelincir tujuh tahun lalu hingga menyebabkan kakinya patah.

“Bertahun-tahun saya terpaksa menggunakan tongkat walaupun telah menjalani pembedahan. Pelbagai jenis rawatan telah dijalani sehinggalah saya bertemu dengan satu produk makanan tambahan, dengan izin Allah, dalam tempoh tiga bulan pengambilan, berlaku perubahan.

“Saya sudah boleh berjalan tanpa menggunakan tongkat. Saya adalah testimoni terbaik bagi produk makanan tambahan itu dan mengambil keputusan untuk memasarnya. Bermodalkan RM350 bantuan daripada rakan-rakan saya membeli beberapa botol produk itu sebagai permulaan.

“Apabila saya mampu mengumpul modal sebanyak RM40,000, saya berubah daripada seorang pengedar kepada membina perniagaan dan mempunyai jenama sendiri iaitu CMary Gluta Colla,” ujarnya yang sebelum ini bekerja sebagai di butik pakaian.

Dibantu suami, Wan Azli Abd. Ghani, syarikatnya membangunkan laman web agar lebih mudah diakses pelanggan dan sedang merancang membina aplikasi CMary.

Katanya, produk Cmary diformulasikan dengan kan­dungan glutathione serta protein ikan tilapia yang kaya dengan pelbagai vitamin, garam mineral dan kolagen selain membantu merawat sakit lutut dan sendi.

“Produk ini sudah berada di Ideal Farmasi, Klang dan Olive Nine Farmasi, Subang Bestari,” katanya.

Orang ramai yang ber­minat menjadi ejen atau stokis boleh menghubungi Siti Mariam di talian 011 10054053 atau layari laman Facebook dan Instagramnya di cmary_hq.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas