Cinta Baharu ZARA ZYA

Cinta Baharu ZARA ZYA

MURAH sungguh rezeki pelakon Zara Zya. Selain berlakon, kini Zara sudah mempunyai restoran sendiri iaitu Zara Zya Cook Restaurant di Setia Alam, Shah Alam.

“Alhamdulillah… Saya menerima sambutan yang menggalakkan setelah sebulan restoran dibuka. 

“Restoran inilah cinta Baharu saya sekarang. Saya masih perlukan masa untuk fokus dan menyelesaikan hal-hal berkaitan restoran. Insya Allah.. apabila semua dah selesai, saya akan mula menjalani penggambaran,” luah pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 34, kepada wilayahku. 

NASIHAT Zara kepada mereka yang mulakan bisnes, kenal pasti apa yang kita suka.

Restoran yang berkonsepkan makanan panas ini menyediakan pelbagai jenis masakan seperti ikan bakar, sotong bakar, Patin Sungai Pahang Tempoyak, sup gear box, Nasi Goreng Zara Zya, set nasi kambing bakar, ayam golek, aneka sup serta variasi menu burung puyuh dan banyak lagi.

Zara juga bersimpati dengan nasib lebih 860 ribu orang tempatan kehilangan pekerjaan semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid -19.

Ramai yang mahu memulakan bisnes dan tidak kurang juga yang tidak tahu apa yang harus dilakukan. 

“Kalau nak mula bisnes, kita kena belajar selok-belok dalam bidang  ini dan pastikan kita tahu apa yang hendak dijual. 

“Jangan kita jual sesuatu produk sebab ikut orang lain. Orang jual produk A, kita pun nak jual produk A. Ini kerana kita belum tentu tahu keseluruhan pasal produk tu.

“Kalau jual apa yang saya tidak suka, itu sangat bahaya. Misalnya saya tidak akan ambil tahu tentang keseluruhan produk tersebut dan tiada keikhlasan di situ. 

“Berbeza situasinya kalau kita minat dengan sesuatu produk. Kita akan kaji secara menyeluruh dalam memberikan yang terbaik,” jelas Zara Zya yang sebelum ini pernah menjual 

“Dulu macam-macam jenis produk yang saya jual. Sebelum ini saya pernah jual produk penjagaan wajah, lipstick, kanta lekap dan minuman pelangsingan. Semua ini ada turun naiknya.

“Sekarang ramai yang tahu perkara yang sinonim dengan saya adalah masakan. Jadi saya buka restoran.

“Walaupun saya ni artis, saya tetap kena fikirkan cara mahu memperkenalkan lagi restoran ini selain mempelawa mana-mana produksi untuk menjalankan penggambaran di sini,” kata Zara yang popular dengan drama bersiri Love Mr. Arrogant, Korban Kasih, Puteri Malam, Tuan Anas Mikael, Monalisa dan banyak lagi. – WILAYAHKU

 

CATEGORIES