Berita

Choong Hann yakin beregu negara bangkit di Thailand Masters

PASANGAN Aaron Chia (depan)-Wooi Yik ketika beraksi dalam Indonesia
- Diterbit 26 Januari 2020 2:47 PM MYT

KUALA LUMPUR – Penga­rah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Wong Choong Hann yakin, pasangan regu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mampu bangkit menjelang Thailand Masters bulan depan selepas terkandas di peringkat separuh akhir Indonesia Masters, baru-baru ini.

Choong Hann berkata, prestasi kedua-dua pemain itu juga lebih baik pada aksi di Indonesia Masters berbanding aksi ketika Malaysia Masters kerana dilihat tidak mudah menyerah kalah selain kerap mendahului lawan, Marcus Fenaldi dan Kevin Sanjaya Sukamuljo.

“Kali ini, saya melihat pasangan negara mampu memberi saingan dan beberapa kali memberi serangan balas berkualiti serta mencuri mata. Kebiasaannya aksi mereka longgar.

“Sekarang, mereka perlu yakin dengan keupayaan diri masing-masing jika ingin memberi tentangan kepada sesiapa sahaja selepas ini,” katanya.

Cabaran skuad negara di Indonesia Master yang ber­akhir 19 Januari lalu menyaksikan dua wakil negara, beregu lelaki dan beregu campuran terkandas di peringkat separuh akhir.

Pasangan Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula tewas dua set 19-21 dan 19-21 kepada beregu nombor satu dunia dari Indonesia, Macrus Fenaldi-Kevin Sanjaya Sukamuljo manakala pasangan beregu campuran negara juga tewas 15-21 dan 15-21 kepada beregu campuran nombor satu dunia dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas