Berita

China jangka terima FDI US$ 690 bilion 2016-2020

- Diterbit 6 November 2020 8:07 AM MYT

KEMENTERIAN Perdagangan China (MOC) menjangkakan pelaburan asing yang diterima negara ini sepanjang tempoh Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-13 (2016-2020) akan mencecah US$690 bilion.

Menurut Buletin Statistik Pelaburan Langsung Asing (FDI) China 2020 yang dikeluarkan semalam, MOC memaklumkan jumlah pelaburan asing di China bagi tempoh FYP ke-13 itu merekodkan kenaikan purata tahunan melebihi US$10 bilion berbanding pada FYP ke-12.

Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Pelaburan Asing MOC, Zong Changqing berkata, semasa menyemak pelan penggunaan pelaburan asing FYP ke-14, pihaknya akan melaksanakan sistem layanan nasional sebelum akses (PENT) ditambah dengan sistem senarai negatif, dan mempercepat proses menyusun atur mekanisme bagi mengendalikan modal asing yang selaras dengan undang-undang baharu berkaitan pelaburan asing.

Tambah beliau, zon rintis perdagangan bebas di China akan diberikan autonomi lebih besar dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, manakala projek pembinaan pelabuhan perdagangan bebas di wilayah Hainan akan dipergiatkan agar menjadi teladan keterbukaan. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas