Celcom edar kad sim prabayar percuma

Celcom edar kad sim prabayar percuma

PUTRAJAYA – Celcom Axiata Bhd. (Celcom) tampil membantu individu yang dikuarantin dengan mengedarkan kad sim prabayar secara percuma.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kad sim tersebut mempunyai 1 gigabit (gb) untuk layaran Internet, aplikasi panggilan WhatsApp, Skype serta 10gb untuk Facebook dan Instagram.

“Pemberian ini pasti memberikan kemudahan kepada individu tersebut berhubung dengan keluarga mereka sepanjang tempoh kuarantin 14 hari.

“Kerajaan juga berterima kasih kepada Astro dan Unifi TV yang memberikan akses percuma untuk saluran berita dan hiburan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Justeru, beliau berharap rakyat terus mematuhi arahan dan prosedur standard operasi (SOP) sepanjang PKP ini.

“Pemimpin-pemimpin masyarakat juga diharapkan supaya mengambil peranan menjaga kepentingan komuniti dibawah jagaan masing-masing,” jelasnya. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS