Berita

“Cantiknya dia pakai baju kahwin” – Pemilik butik sudi taja Wan Sharmila

|ANTARA babak menarik dalam Jidan Dan Jidin|
- Diterbit 15 Januari 2021 7:07 AM MYT

AMBOI.. Ramai yang puji pelakon popular Wan Sharmila kelihatan berseri-seri apabila mengenakan busana pengantin dari butik Jessica Bridal Kajang di Hentian Kajang, Selangor. 

Kalau dah ada pengantin perempuan, siapakah agaknya pengantin lelaki ya?

Menurut pemilik butik, Jessica, Wan Sharmila memakai busana pengantin berwarna merah jambu itu sempena perkahwinannya dengan pelakon Kaza untuk drama Jidan Dan Jidin.

“Apabila diberitahu butik saya menjadi salah sebuah lokasi penggambaran, saya sangat teruja. 

“Apatah lagi Wan Sharmila akan pakai baju pengantin saya. Untuk itu, saya sediakan koleksi baju pengantin terbaik yang menjadi pilihan ramai. 

“Sehinggalah tiba di hari penggambaran, saya lihat cantiknya Wan Sharmila pakai baju kahwin, ada seri pengantin. 

“Sebagai salah seorang peminatnya, saya pun tertunggu-tunggu siapalah lelaki yang akan berkahwin dengannya.

“Baru-baru ini dia digosipkan dengan Syazwan Zulkifly, tak salah kalau mereka benar-benar bercinta dan berkahwin.

“Andai mereka bertemu jodoh, saya bersedia untuk menaja baju pengantin mereka,” ujar Jessica.

ANTARA babak menarik dalam Jidan Dan Jidin

Sementara itu, Wan Sharmila juga mengesyorkan kepada bakal pengantin mendapatkan khidmat Jessica Bridal.

“Terima kasih kerana sudi menaja lokasi penggambaran dan busana pengantin untuk drama ini. 

“Sesiapa yang nak mendirikan rumah tangga, saya rekemenkan untuk datang ke sini,” jelasnya yang menyerahkan soal jodoh kepada ketentuan Allah.

Selain Wan Sharmila, para pelakon lain yang terlibat adalah Kaza, Ungku Hariz dan Aliza Shadan.

Jangan lupa tonton drama Jidan Dan Jidin yang  akan disiarkan di TV2.

Sesiapa yang mahu mengunjungi Jessica Bridal boleh layari Facebook : Jessica Bridal atau instagram @jessica_bridal_kajang – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas