Biz

Bukan harga ‘kayangan’… Che Ta, Anas sasar jualan 300,000 kotak Inai Mazaville

|ANAS dan Che Ta mensasarkan 300
- Diterbit 18 Jun 2022 6:05 AM MYT

OPTIMIS dengan pasaran dan permintaan inai ‘instant’ atau segera, usahawan terkenal, Anas Zahrin bersama teman baiknya yang juga selebriti terkenal, Rozita Che Wan berkolaborasi menghasilkan Mazaville.

Malah baru dilancarkan awal bulan ini, sudah 50,000 kotak inai diusahakan mereka habis terjual dalam masa dua hari.

Malah Anas yang bertindak sebagai pengasas jenama itu mensasarkan sebanyak 300,000 kotak lagi dipasarkan sehingga hujung tahun ini.

“Melihat kepada aliran semasa memang permintaan inai segera ini sangat menggalakkan. Biarpun berdepan dengan banyak pesaing yang mengeluarkan produk seumpama itu, kami percaya ia satu perkembangan sihat.

“Rozita atau Che Ta sendiri selaku pengasas bersama turut bertindak sebagai ‘duta’ kecil jenama berkenaan. Pengaruh dan populariti dimilikinya menjadi nilai tambah untuk skop niaga kami.

“Sebelum ini, pun kami pernah menjalinkan kerjasama menghasilkan produk dan ketika itu dia bertindak sebagai duta promosi. Tapi kali ini bezanya, kami sama-sama mengusahakannya,” kata Anas.

ANAS dan Che Ta mensasarkan 300,000 kotak Inai Mazaville sehingga hujung tahun ini.

Malah serentak mengalu-alukan kehadiran produk itu, Anas turut menaja majlis berinai besar-besaran bersempena ulang tahun perkahwinan Che Ta dan suami, Zain Saidin yang akan genap 10 tahun pada 11 Disember.

Sambutan itu bagaimanapun dianjurkan lebih awal pada 14 Jun lalu di premis acara, Glamhall Damansara mengetengahkan busana tema Melayu Tradisional rekaan Man Kajang.

“Alang-alang nak lancar produk inai ini, apa salahnya saya taja terus ulang tahun perkahwinan mereka lebih awal. Kami pun sudah 12 tahun berkawan baik,” kata Anas.

Sementara itu, Che Ta sendiri menggemari pemakaian inai sejak dari zaman kanak-kanak lagi.

“Dulu kalau tak kahwin lagi pun, inai memang saya gemar pakai sebagai penambah ‘aksesori’. Selalunya, inai ini sinonim bila nak kahwin.

“Tapi, sebenarnya tidaklah hanya terbatas masa nak kahwin. Dulu pun, kalau ada majlis kahwin, yang bujang ‘trang tang-tang’ menyelit sekali pakai inai,” kata Che Ta.

SELAIN pelancaran ina, turut diadakan majlis berinai besar-besaran bersempena ulang tahun perkahwinan Che Ta dan suami, Zain Saidin yang akan genap 10 tahun pada 11 Disember.

Mengakui biarpun ramai mengusahakan perniagaan sama, ibu kepada tiga anak ini percaya kepada rezeki masing-masing.

“Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Tapi harga inai ini pun bukan level kayangan. Harga ‘rakyat’, sekotak hanya RM15. Jangan
bandingkan harganya dengan orang lain.

“Kita berniaga secara sihat, janji hasilnya letup. Nak jadi stokis pun dialu-alukan dengan tekan pautan  http://bit.ly/NakInaiCheTa  atau ke Instagram @mazaville. Saya percaya mereka yang lain berniaga produk inai pun boleh terima tempias.

“Kami pun level ‘ikan bilis’ saja nak dibandingkan jenama popular lain. Harga ditetapkan pun sebab tahu ekonomi sekarang macam mana. Tapi biar beli bukan setakat sekali, tapi berkali-kali,” kata Che Ta. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas