Bolehkah peniaga tawar kupon pembelian?

Bolehkah peniaga tawar kupon pembelian?

FATWA KONTEMPORARI
Oleh DATUK SERI DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan

Soalan:
Assalamualaikum. Apakah dibolehkan untuk sesebuah peniaga menetapkan bahawa sekiranya pelanggan membeli melebihi RM100, pelanggan tersebut akan diberi satu kupon bernilai RM10. Sekiranya pem- belian di bawah RM100, maka tidak mendapat apa-apa. Mo- hon penjelasan? Terima kasih

Jawapan:
ALHAMDULILLAH kami panjatkan kesyukuran kepa- da Allah SWT. Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW, para isteri dan keluarga baginda SAW, seterusnya golongan yang mengikut jejak langkah baginda SAW hingga ke hari akhirat.

Kupon bermaksud surat kecil atau tiket yang boleh ditukarkan dengan barang atau untuk membeli barang. (Lihat Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Pada masa kini, konsep pemberian kupon berlaku secara meluas dalam perniagaan yang melibatkan penia- ga dengan pelanggan. Antara tujuan pemberian kupon kepada pelanggan adalah sebagai satu usaha menarik pelanggan untuk terus setia membeli di tempat mereka.

Justeru, dapat difahami bahawa kupon adalah salah satu strategi pemasaran untuk lebih melariskan serta meningkatkan keuntungan dalam perniagaan.

Konsep keuntungan dan kejayaan dalam perniagaan tidak boleh diperoleh dengan cara menipu dan muslihat. Perniagaan yang berlaku mestilah di atas prinsip reda meredai antara peniaga dan pelanggan. Allah SWT melarang hambanya mengambil hak milik orang lain dengan cara kezaliman. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagai- nya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.” (Surah al-Nisaí: 29).

Syeikh al-Maraghi menyebut, keuntungan dalam perniagaan tidak diperoleh dengan cara menipu atau muslihat tetapi dengan cara saling reda meredai. Sekiranya jual beli tidak mengikut cara yang betul, tentu tidak ada orang yang mahu berdagang, bahkan tidak akan suka untuk turut berdagang.

Urusan jual beli juga memerlukan kepandaian dan kecerdasan serta ketelitian ketika bermuamalah. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1170)

Menjawab kepada persoalan ini, hukum peniaga memberikan kupon kepada pelanggan sekiranya membuat pembelian pada nilai tertentu adalah boleh dan diharuskan. Perkara ini adalah termasuk dalam urusan muamalat sesama manusia yang diharuskan oleh syarak, selagi mana tidak ada dalil yang melarang dan menegah. Hal ini bertetapan dengan kaedah fiqh: Maksudnya: “Hukum asal dalam muamalat ialah harus.”

Dalam isu ini juga, sekiranya pelanggan telah memenuhi syarat untuk mendapatkan kupon, maka peniaga perlu memenuhi syaratnya untuk memberikan kupon. Dalam hadis yang diriwayatkan Kathir bin ‘Amr bin ‘Awf Al-Muzani daripada ayahnya daripada datuknya daripada Nabi SAW telah bersabda: Maksudnya: “Dan kaum Muslimin harus memenuhi syarat-syarat yang telah mereka sepakati kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram,” (Riwayat al-Tarmizi-1352). Hadith ini adalah hasan sahih menurut Imam al-Tirmizi.

Hadis ini menjelaskan ciri-ciri yang terkandung dalam akad atau perjanjian yang seharusnya dipatuhi. Setiap orang Islam wajib mematuhi syarat yang telah dibuat dan tidak boleh memungkirinya selagi mana perkara tersebut tidak menyalahi hukum syarak. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/487).

Kesimpulan

Pemberian kupon oleh peniaga kepada pelanggan adalah harus dan dibole- hkan oleh syarak. Namun, muamalat seperti ini perlulah pada perkara-perkara yang dihalalkan oleh Allah SWT serta jauh daripada sebarang bentuk riba, penindasan, tamak dan khinat.

Begitu juga, sifat amanah dan jujur perlu ada dalam diri setiap peniaga bagi menjamin keberkatan dalam perniagaan. Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Saíid R.A, Nabi SAW bersabda: Maksudnya: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi, orang yang jujur dan orang yang syahid.”

Riwayat al-Tirmizi (1209). Hadith ini adalah hasan menurut Imam al- Tirmizi]

Kami akhiri penjelasan ini dengan sepotong doa yang diajarkan oleh Nabi SAW: Maksudnya: “Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan ke- baikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

Semoga penjelasan ringkas ini memberi kita kefahaman yang mendalam dalam memahami dan mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. Amin.

CATEGORIES