Berita

Bola jaring WiPers pertahan emas, Kali ke – 8 raih emas sepanjang penganjuran SUKMA

WILAYAH Persekutuan meraikan kemenangan sejurus menjuarai perlawanan bola jaring di Stadium Juara, Kuala Lumpur, hari ini.
- Diterbit 24 September 2022 8:33 AM MYT

PASUKAN bola jaring Wilayah Persekutuan (WiPers) berjaya mempertahankan pingat emas pada edisi lalu selepas menewaskan pasukan Pahang 63-51 di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut jurulatih pasukan bola jaring Wilayah Persekutuan, Norizan Rajab, permainan yang ditampilkan kedua-dua pasukan pada SUKMA XX MSN 2022 ini sangat menarik.

“Pahang merupakan pasukan yang sedang meningkat naik dan dengan permainan yang ditunjukkan hari ini saya berpuas hati.

“Taktikal setiap suku permainan berubah mengikut keadaan dan juga pasukan lawan. Suku ketiga kita dapat lihat Pahang bangkit dan cuba mengejar mata kerana itu, di suku terakhir kita menggunakan taktikal berlainan untuk menjarakkan mata,” ujarnya.

Sebagai rekod, Wilayah Persekutuan pernah memenangi emas pada SUKMA 2000, 2004, 2006, 2010, 2011, 2013 dan 2018. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas