Berita

Boat Race: Unisza juara kategori University Alliance Men Race

BOAT RACE
PASUKAN Unisza (kanan) meninggalkan pasukan lawan dengan bergaya.
- Diterbit 15 September 2019 7:09 AM MYT

PUTRAJAYA – Pasukan pendayung Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) berjaya menjuarai kategori University Alliance Men Race Putrajaya Kejohanan Boat Race selepas menewaskan pasukan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Dengan aksi mantap dan bertenaga pasukan Unisza menguasai permainan sekali gus meninggalkan pasukan lawan dengan jarak kira-kira empat buah bot (76 meter).

Kejohanan yang diadakan di Kelab Tasik Putrajaya di sini melibatkan jarak 3.8 kilometer. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas