Berita

BN buat keputusan sokong Belajawan 2021 – Annuar

- Diterbit 25 November 2020 3:44 PM MYT

SETELAH melalui pelbagai fasa rundingan dan perbincangan,  Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk menyokong Bajet 2021 yang dibentangkan kerajaan.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, bukan sahaja belanjawan itu disokong, semua rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan akan disokong, kerana kita juga sebahagian dariopada keraaan.

Setakat ini, parti telah membuat keputusan, UMNO mendokong kerajaan Perikatan Nasional dan menyokong belanjawan serta rang undang-undang yang dibawa oleh kerajaan.

“Ini keputusan dan pendirian parti pada perbincangan yang terakhir malam tadi, dalam kalangan Menteri dan Timbalan Menteri, BN dan keputusan yang dicapai kita menyokong,”kata beliau dalam siaran langsung Bicara Harakah yang disiarkan melalui Facebook Rabu malam.

Menurut beliau, parti telah membuat keputusan dan menjadi tanggungjawab ahli untuk melaksanakannya.

“Ia merupakan keputusan yang dibuat selepas berbincang beberapa kali, dan yang terakhir malam tadi,” dedah Annuar.

Jelasnya, dalam proses hendak menyokong itu, UMNO membuat beberapa pemohonan untuk menambah baik lompongan-lompongan itu untuk penambahbaikkan.

Beliau turut menjelaskan bahawa untuk menang parti-parti politik Melayu-Islam perlu disatukan.

“UMNO dan PAS mahu memperkasakan Muafakat Nasional, yang berbeza adalah mempertahankan Perikatan Nasional, UMNO mempertahankan Perikatan Nasional sehingga pilihanraya, selepas itu, kita hendak runding balik, kira bicara, UMNO kita masih mahu bernaung dibawah Barisan Nasional, manakala PAS sudah menjadi ahli Perikatan Nasional, matlamatnya masih sama, cuma kaedahnya berbeza, yang itu saya kira boleh diselesaikan dengan bijaksana,”ujar beliau.

Dewan Rakyat dijangka akan mengundi Belanjawan 2021 pada Khamis. -OLEH SYAHIDI BAKAR – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas