Berita

Biden ikrar sokong kepentingan Ireland jika dipilih jadi presiden

- Diterbit 19 Oktober 2020 2:27 AM MYT

JOE Biden berikar menyokong Ireland dan Perjanjian Good Friday Ireland Utara andai dipilih menjadi presiden, katanya dalam satu kenyataan pada hujung minggu.

Agensi Anadolu melaporkan kenyataan itu memperlihatkan Biden “sering bercakap mengenai bagaimana berasal daripada keturunan Ireland telah membentuk kehidupannya.”

Beliau yang menjadi calon presiden mewakili parti Demokrat Amerika Syarikat (AS) mempunyai sejarah panjang menyokong rakyat Ireland dan perdamaian di Ireland Utara.

Biden dilaporkan akan menyokong penglibatan diplomatik AS untuk memajukan proses perdamaian Ireland Utara dan akan memastikan tiada perjanjian perdagangan AS-United Kingdom jika pelaksanaan Brexit boleh mengancam Perjanjian Good Friday. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas