Selebriti

Bidadari adalah ibu, bukan kekasih – Syafiq Farhain

|SYAFIQ kini muncul dengan lagu Kau Bidadari. Jangan lupa langgan di semua platform digital ya!
- Diterbit 29 Jun 2021 2:06 AM MYT

BERKALI-kali dengar lagu terbaharu Kau Bidadari nyanyian Syafiq Farhain, tidak pernah rasa jemu.

Namun, ramai yang tertanya-tanya adakah lagu Kau Bidadari yang dirakam dua tahun lepas ini ditujukan Syafiq buat kekasihnya?

“Biadari itu merujuk kepada wanita. Pada saya apabila menyanyikan lagu ini, saya akan terbayangkan emak saya. Ini betul bukan klise tau.

“Kalau dengar lagu ni dan fahamkan lirik lagu, memang apa yang cuba disampaikan adalah lelaki tak boleh hidup tanpa wanita.

“Kalau saya anggap emak sebagai bidadari, mungkin orang lain mempunyai pendapat berbeza. Mungkin adik, kakak atau pasangan.

“Memang apabila menyanyikan lagu ini saya terbayangkan emak saya. Bila ingat emak, saya dapat feel pasangan,” jelas Syafiq Farhain atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim,27, yang menjadikan ibunya, Juwita sebagai sumber inspirasi dalam hidup.

Syafiq juga menjelaskan, bukan mudah perjalanan untuk melancarkan lagu Kau Bidadari apabila dia pernah dijangkiti COVID-19.

“Antara cabaran yang saya hadapi sudah tentu apabila berlakunya pandemik COVID-19. Bila nak shooting video muzik, ia agak terganggu.

“Sepatutnya lagu ini dilancarkan pada tahun lepas. Begitu juga dengan tarikh shooting video muzik sudah ada ketika itu. Jadi kami tangguhkan.

“Kemudian apabila kerajaan membenarkan shooting, salah seorang krew didapati positif COVID-19. Jadi tukar tarikh lain.

“Kemudian saya pula yang dijangkiti virus tersebut. Jadi sudah beberapa kali tertangguh. Alhamdulillah akhirnya dapat juga lagu ini dilancarkan,” jelasnya lagi.

SYAFIQ kini muncul dengan lagu Kau Bidadari. Jangan lupa langgan di semua platform digital ya!

Meskipun situasi sekarang dilihat tidak begitu sesuai untuk melancarkan lagu baharu, bagi Syafiq, beliau perlu mengikut keadaan semasa.

“Kalau nak tunggu waktu yang sesuai seperti dulu, iaitu lepas perkenal lagu baharu kemudian pergi buat promosi secara bersemuka, saya takut orang lupa pada saya pula. Maklumlah, dah lama tak ada lagu baharu.

“Saya perlu akur dengan situasi semasa. Sekarang ini promosi hanya boleh dilakukan menerusi media sosial, jadi perlulah ikut.

“Apa pun semua penyanyi menggunakan cara begitu dan alhamdulillah hasrat saya nak tampil dengan single baharu terlaksana,” kata Syafiq yang kini bertugas dengan pasukan bomba Putrajaya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas