Selebriti

Bersifat pemurah… Rahsia bahagia S Atan

|AHLI pernigaaan Datuk Sri Rohaizat Musa yang meraikan sambutan ulang tahun S Atan ke-73.|NORIZAN mengaku bertuah bersuamikan S Atan.
- Diterbit 13 Ogos 2022 8:00 AM MYT

Sikap pemurah penerbit dan komposer legenda S Atan adalah antara rahsia kebahagiaan dan kejayaannya sehingga ke hari ini.

Isteri S Atan, iaitu Norizan mengaku bertuah memiliki suami yang disenangi ramai.

“Sebagai isteri sudah tentulah saya melihat kesungguhannya untuk terus membahagiakan keluarga sebagai suatu anugerah. Bagaimanapun, ada satu sikap yang saya nampak ialah beliau ni suka gembirakan kawan-kawan sekeliling.

“Pernah dia pinjamkan duit, demi untuk kesenangan orang lain. Memang dia nak sangat membahagiakan kawan beliau. Sampaikan ada ketikanya saya sendiri rasa pelik dengan suami sendiri.

“Kadang-kadang saya ada cakap kepadanya, tak boleh begini. Nanti orang akan fikir lain. Cuma itulah… dia suka tengok orang lain bahagia. Tapi kami tidak pernah terfikir pun untuk dapat balasan daripada apa yang dilakukan,” katanya.

AHLI pernigaaan Datuk Sri Rohaizat Musa (dua dari kiri) dan isteri  meraikan sambutan ulang tahun S Atan ke-73.

Norizan berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Jadi Haji S Atan Yang Ke-73 di Hotel Royal Chulan Damansara, baru-baru ini.

Menurut Norizan, dia cukup bersyukur kerana ramai yang setia menyokong suaminya sehingga ke hari ini.

“Malah bila adanya sambutan hari jadi yang dianjurkan khas kepada suami, saya bagi pihaknya rasa syukur dan terharu. Terima kasih.

“Ramai rakan artis, sahabat dan peminat yang hadir termasuk dari Singapura meski ada yang awal-awal lagi beritahu tak berkesempatan untuk datang atas kekangan tersendiri, akan tetapi kami memahami. Cuma atas kapasiti yang terhad, saya pun nak mohon maaf,” katanya.

NORIZAN mengaku bertuah bersuamikan S Atan.

Ditanya rahsia masih tampak kuat sehingga ke hari ini, S Atan yang juga bapa saudara kepada pengarah muzik, Datuk Ramli MS bersyukur dengan kekuatan yang dikurniakan Allah SWT.

“Alhamdulillah, tiada apa rahsia pun sebenarnya. Cuma saya kalau ambil makanan (berat) sekali sehari sudah cukup. Begitu juga dengan kualiti tidur. Cuma sebelah mata kiri saya sahaja yang tidak sudah tidak nampak,” katanya.

Sementara itu, ahli pernigaaan Dato Sri Rohaizat Musa, 46, yang sudi meraikan sesi sambutan berkenaan sebagai ‘hadiah’ menyatakan rasa gembira kerana majlis berjalan lancar sebagaimana yang diharap-harapkan.

“Kalau boleh, saya mahu ulang tahunnya kali ini menjadi suaru momen yang bermakna, jadi kenangan terin

“Malah kalau kita lihat, ramai selebriti senior hadir yang secara tak langsung menunjukkan wujudnya satu perhubungan yang baik dengan beliau. Saya dan isteri pun meminati beliau,” katanya.

Terdahulu pada 14 Mei lalu, sebuah konsert tribut istimewa dianjurkan khas bagi menghargai jasa lebih empat dekad S Atan dalam mewarnai industri muzik tempatan mdenerusi barisan lagu raya yang menggamit memori.

Konsert Cahaya Aidilfitri – A tribute to S. Atan bersama Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) dengan pimpinan konduktor, Ahmad Muriz Che Rose itu turut diserikan dengan persembahan daripada tiga penyanyi handal Malaysia iaitu Datuk Jamal Abdillah, Jay Jay dan Azlina Aziz. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas