Berita

Berkat Sabar, Balu ABAM Syukur Miliki Kedai Sendiri.

BISNES cempedak goreng milik Hidayah laris! Alhamdulillah..
- Diterbit 18 September 2020 9:23 AM MYT

BERKAT kesabaran berniaga cempedak goreng secara kecil-kecilan sejak April lalu, isteri Allahyarham Abam Bocey bersyukur kini sudah mempunyai kedai sendiri di Sabak Bernam, Selangor.

“Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah. Hari Jumaat yang penuh barokah ini, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan cempedak goreng, Dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini.

“Terima kasih abang Dayah @sirazmier bantu dapatkan kedai ni. Terima kasih mak abah dan famili tercinta sentiasa doakan serta support Dayah.

“Terima kasih juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan kedai nombor 19 dengan cepat pada  2 Ogos 2020. Alhamdulillah syukur,” tulisnya di instagram miliknya.

DATUK Fizz Fairuz antara selebriti yang memberi sokongan terhadap Hidayah.

Sebelum ini ramai selebriti seperti Datuk Fizz Fairuz, Didie Alias dan ramai lagi pernah mengunjungi gerai cempedak goreng milik Hidayah.

Hidayah dan Allahyarham Abam  atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan berkahwin pada 8 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia setahun.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas