Berita

Berita palsu Annuar sokong Anwar, DAP

- Diterbit 5 Oktober 2020 11:30 AM MYT

BERITA yang disiarkan oleh sebuah portal tidak dikenali bahawa Tan Sri Annuar Musa menggesa atau mahu bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP adalah palsu dan tiada asas sama sekali.

Pejabat Setiausaha Agung BN dalam satu kenyataan petang Isnin berkata, Annuar yang merupakan Ahli Parlimen Ketereh dan SUA BN bertegas dan kekal berpegang kepada keputusan-keputusan dasar yang telah diputuskan parti.

Antara empat keputusan tersebut adalah menyokong kemasukan Ahli-ahli Parlimen BN ke dalam gabungan dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) secara en-bloc, mengukuhkan Muafakat Nasional (MN), menyokong kerajaan PN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, tidak bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

Sebuah portal yang tidak dikenali (diketahui pemilik) baru-baru ini menyiarkan berita palsu bahawa Annuar mahu bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Tangkap layar portal tersebut kemudiannya diviralkan di media sosial. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas