Berita

Berita ‘COVID:19 pelitup muka fabrik punca dijangkiti’ kurang tepat – KKM

- Diterbit 15 Januari 2021 5:41 AM MYT

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kesahihan tajuk berita ‘COVID-19: Pelitup Muka Jenis Fabrik Punca Dijangkiti’ seperti yang tular di media sosial.

KKM memaklumkan penggunaan tajuk berkenaan adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Pemakluman berita palsu berkenaan dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 12.45 tengah hari ini.

Sehubungan itu KKM menasihati orang ramai untuk merujuk media sosial rasmi KKM di Facebook (Kementerian Kesihatan Malaysia), Twitter (KKMPutrajaya) dan Instagram (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk mendapatkan maklumat sahih. – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas