Biz

Berbelanja dapat duit balik, peluang jadi Rakan niaga… Hanya di Lalashop Fresh Mart

Lalashop Fresh Mart membuka peluang kepada usahawan IKS menjadi rakan niaga. ||PENGURUS Projek Globeherbs Sdn Bhd
- Diterbit 26 April 2021 4:18 AM MYT

KEBIASAANNYA apabila berbelanja, sudah tentu kita kena keluarkan duit untuk membayar jumlah harga barangan yang dibeli. Kemudian kita balik ke rumah begitu sahaja tanpa apa-apa pulangan.

Kali ini lain pula. Pernah ke anda berbelanja, selepas itu dapat duit balik? Siapa tak mahu kan? Nampak macam pelik tetapi itulah realitinya.

Begitulah faedah atau kelebihan yang anda perolehi apabila berbelanja di Lalashop Fresh Mart (Pasar Segar Lalashop atau LFM) pertama yang baru dibuka sejak 9 April 2021 lalu bertempat di Plaza Suria, Damansara Damai, Selangor.

“Apabila pelanggan membeli di LFM pada harga minimum RM180 dan ke atas mereka berhak mendapatkan kad keahlian yang menawarkan mata ganjaran, sekali gus memperoleh wang tunai kembali pada kadar 10 peratus daripada jumlah perbelanjaan,” ujar Pengurus Projek Globeherbs Sdn Bhd, Rosland Mohd Jannes kepada Wilayahku.

SELAIN berbelanja dapat duit, Lalashop Fresh Mart membuka peluang kepada usahawan IKS menjadi rakan niaga.

Menurut Rosland, mata ganjaran yang terkumpul boleh ditunaikan kembali atau digunakan untuk membeli produk seterusnya sama ada secara ‘offline’ atau pun ‘online’.

Selain berharap para pelanggan tidak melepaskan peluang keemasan ini, Rosland juga membuka peluang kepada usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) ataupun pihak koperasi serta peniaga persendirian, yang tidak mempunyai pusat jualan, untuk bersama LFM sebagai rakan niaga dengan modal RM21,260 sebagai saham pelaburan.

“Pembukaan sebuah kedai memerlukan sekurang-kurangnya 20 orang pelabur,” tambah Rosland yakin dengan pelan pembangunan syarikat.

Tambahnya, dengan berkonsepkan perkongsian untung, setiap pelabur yang menjadi rakan niaga mampu mendapatkan 30% dividen setiap bulan dengan sasaran sesebuah kedai LFM mampu menjana pendapatan daripada hasil jualan mencecah RM6,000 sehari.

PENGURUS Projek Globeherbs Sdn Bhd, Rosland Mohd Jannes (tengah) bersama kakitangan Lalashop Fresh Mart

Selain itu, LFM turut membuka peluang kepada peniaga kecil yang berhasrat meletakkan produk mereka seterusnya menjana pendapatan.

Produk mereka mempunyai potensi besar untuk berkembang apabila orang ramai boleh menikmati pelbagai keistimewaan apabila berkunjung ke LFM.

Di LFM, sebahagian besar daripada lebih kurang 3,500 produk yang dijual adalah barangan daripada usahawan IKS di mana keutamaan syarikat adalah untuk membantu produk tempatan.

Sehubungan itu, Globeherbs menyasarkan sejumlah 500,000 keahlian dapat dikumpulkan menjelang akhir tahun 2021 ini apabila 5 hingga 10 lagi cawangan baharu LFM bakal dibuka dalam masa terdekat.

Mengikut perancangan, pembukaan kedai keduanya di Bandar Tun Razak selepas hari raya bulan depan (Mei 2021) melibatkan modal perniagaan mencecah RM400,000.

INILAH bilik simpanan beku yang boleh menyimpan 1.5 tan barangan segar dalam satu masa

Syarikat ini juga mensasarkan untuk menubuhkan 1,000 cawangan LFM seluruh Malaysia dalam tempoh 5 tahun.

Menyentuh tentang kelebihan lain yang ada di LFM adalah bekalan produk yang berpanjangan terutamanya barangan basah yang disimpan dalam bilik simpanan beku yang mampu menyimpan stok sehingga 1.5 tan dalam satu masa.

Untuk rekod, Globeherbs Sdn Bhd dinaungi Dato Seri Prof Diraja Siyed Abdul Rahman Siyed Osman Al-Attas selaku Pengerusi Kumpulan dengan tanggungjawab dipikul antaranya oleh pengasas LFM, Kamal Mohd Noor yang turut bertindak sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan serta Ketua Pegawai Kewangan.

Sebarang maklumat lanjut kepada semua yang berminat bekerjasama dengan LFM, boleh layari www.lalashop.biz – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas