Selebriti

Allahyarham Benjy selamat dikebumikan di Medan

|SEMOGA Allahyarham Benjy ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin...|
- Diterbit 12 Julai 2021 6:55 AM MYT

JENAZAH Allahyarham pelakon terkenal Benjy,43, telah selamat dikebumikan pada pukul 11.45 pagi di Pemakaman Waqaf Pasar 4 Klambir Lima Kampung, Medan, Indonesia, hari ini.

Menurut Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah, mereka sempat menyaksikan proses pengebumian Benjy (Khaeryll Benjamin Ibrahim), dalam siaran langsung video bersama keluarga dan anak Benjy sebentar tadi dari tanah perkuburan di Medan.

“Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan oleh Allah untuk Benjy pulang ke negara abadi. Andai ada kesilapan yang pernah arwah lakukan saya memohon semua pihak untuk memaafkan Allahyarham dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya Benjy adalah seorang manusia yang sangat kuat dan hebat untuk lalui segalanya dengan sendiri sehingga hujung nyawa,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Terdahulu, semua urusan jenazah Benjy diuruskan oleh pihak Penjara Tanjung Gusta dan Konsulat General Malaysia di Medan. – WILAYAHKU

SEMOGA Allahyarham Benjy ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin…
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas