Berita

Bayaran Cukai Tanah, Petak dilanjutkan

- Diterbit 22 Mei 2020 5:38 AM MYT

PUTRAJAYA – Tarikh Akhir Pembayaran Bil Cukai Tanah (Quit-Rent) dan Bil Cukai Petak (Parcel-Rent) Tahun 2020 di Wilayah Persekutuan dilanjutkan kepada 30 November depan.

Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTG WP) dalam satu kenyataan memaklumkan, lanjutan tersebut sejajar dengan situasi ekonomi semasa dan kedudukan kewangan semua pihak yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19 serta pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sehubungan itu, pihak berkuasa negeri (PBN) bersetuju dengan inisiatif PPTG WP untuk melanjutkan tarikh akhir bayaran kedua-dua cukai berkenaan bagi tahun 2020 selama enam (6) bulan.

“Lanjutan itu juga tidak akan dikenakan sebarang denda lewat dan tarikh akhir bayaran ini adalah terpakai dan berkuatkuasa serta-merta di seluruh Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan),” katanya. – WILAYAHKU

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian berikut:

i) PPTGWP Kuala Lumpur :
Tel : 03-26103430/3438/3428
E-mel : [email protected]

ii) PPTGWP Putrajaya :
Tel : 03-8889 7777
E-mel : [email protected]

iii) PPTGWP Labuan :
Tel : 087-415132/087-415312
E-mel : [email protected]

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas