Berita

BATE Bertuah Kerana ZYNAKAL, CAPRICE,SHOU RAION Dan CARLOLITTO

|
- Diterbit 20 November 2020 7:10 AM MYT

DJ duo tempatan, Wai Hong dan Ethan Curzon yang dikenali sebagai BATE mengaku rasa bertuah diberi peluang berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi rap iaitu Caprice, Zynakal, Shou Raion dan Carlolitto dalam lagu berjudul Langgar. 

Bagi Bate yang sudah menembusi pasaran muzik antarabangsa, bekerjasama dengan empat penyanyi rap itu adalah satu pengalaman luar biasa.

Mengulas tentang lagu ini, Wai Hong dari Bate berkata, “ini adalah lagu Melayu pertama kami. Ini juga merupakan salah satu lagu yang paling catchy pernah kami bikin setakat ini. 

“Apa yang menarik, bekerja dengan artis-artis hebat Malaysia adalah suatu pengalaman yang luar biasa!” Kata Bate yang  sebelum ini pernah popular menerusi lagu One I Love. 

Manakala Carlitto pula menyifatkan kolaborasi ini adalah satu impian yang sudah lama diharapkannya.

“Saya merasa sangat beruntung kerana dapat bekerjasama dengan mereka yang membuat saya selesa untuk meluahkan perasaan saya melalui lagu ini. 

“Saya sering mengimpikan kolaborasi seperti ini, walaupun pada awalnya kedengarannya mustahil. Tetapi saya percaya pada impian saya dan mengatur langkah ke arah itu sehingga ianya menjadi kenyataan. 

LAGU Langgar menyampaikan mesej positif serta memberi semangat kepada pendengar
LAGU Langgar menyampaikan mesej positif serta memberi semangat kepada pendengar

Sementara itu, Zynakal juga berharap Lagu Langgar ini dapat memberi inspirasi kepada pendengar.

“Mimpi tanpa matlamat hanya impian. Saya harap lagu ini dapat mengingatkan pendengar bahawa tanpa usaha yang berterusan, impian mereka tak ke mana. 

“Tempuhilah apa saja rintangan untuk sampai ke tempat yang hendak dituju, itulah maksud lagu ini cuba disampaikan.”katanya lagi.

Langgar  merupakan ciptaan bersama Wai Hong, Ethan Curzon, Caprice, Zyn Akal, Shou Raion dan Carlolitto. 

Lagu ini turut mendapat sentuhan penerbit tersohor Bryan B yang bertindak sebagai penerbit rakaman bersama Bate.

 Umumnya lagu Langgar ini mengisahkan tentang semangat untuk terus maju ke hadapan walaupun  banyak rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi dalam kehidupan seharian. 

Lagu Langgar terbitan bersama Universal Music Malaysia dan Lion Music Group ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas