Berita

Bas sekolah dibenar bawa pekerja kilang

DUA orang pekerja sedang memberikan sentuhan terakhir pada wajah baharu bas sekolah per- cuma DBKL.
DUA orang pekerja sedang memberikan sentuhan terakhir pada wajah baharu bas sekolah per- cuma DBKL.
- Diterbit 13 Mei 2020 12:42 PM MYT

PUTRAJAYA – Pengusaha bas sekolah dibenarkan menyediakan perkhidmatan menghantar pekerja kilang semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Pengangkutan telah memberi kebenaran tersebut dalam memastikan kelangsungan pendapatan kepada pengusaha bas sekolah.

Tambahan pula katanya, kebenaran itu diberikan memandangkan kapasiti bas kilang kini hanya dihadkan separuh daripada kebiasaannya sekali gus membantu melancarkan pekerja-pekerja kilang dalam satu-satu masa.

“Kita faham pengusaha bas mengalami kerugian sebab tiada perkhidmatan mengambil dan menghantar anak-anak ke sekolah.

“Mungkin dengan cara membenarkan bas sekolah ditukarkan menjadi bas kilang dapat membantu pengusaha sepanjang sekolah ditutup,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Ismail Sabri menjelaskan, pengusaha bas boleh berbincang dengan dengan syarikat-syarikat tertentu dalam membawa pekerja-pekerja kilang dalam tempoh PKPB.

Dalam perkembangan berlainan, beliau menegaskan semua kaunter perkhidmatan jabatan kerajaan diarahkan dibuka sepenuhnya.

Ujarnya, langkah itu susulan keputusan Kabinet hari ini dengan kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) beroperasi hari ini diikuti jabatan-jabatan kerajaan yang lain.

“Prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan mesti dipatuhi seperti penjarakan sosial, saringan susu badan, penyedian hand sanitizer termasuk sanitasi di jabatan-jabatan kerajaan,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas