Barisan Kabinet baharu New Zealand fokus pemulihan COVID-19

Barisan Kabinet baharu New Zealand fokus pemulihan COVID-19

MENTERI-MENTERI yang berpengalaman akan memegang portfolio pemulihan ekonomi utama dan portfolio tindak balas COVID-19 dalam barisan Kabinet baharu yang diumum Perdana Menteri New Zeland Jacinda Ardern pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua.

“Tempoh tiga tahun akan datang ini sangat mencabar bagi New Zealand. Dengan prospek global yang semakin buruk, kita tidak akan kebal terhadap kesan berterusan COVID-19 di seluruh dunia,” kata Ardern pada sidang media.

“Oleh itu, kerajaan baharu Parti Buruh akan mempunyai dua keutamaan: mendorong pemulihan ekonomi kita daripada COVID-19, dan meneruskan tindak balas kesihatan untuk memastikan warga New Zealand selamat daripada virus,” kata Ardern.

Grant Robertson dilantik Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Infrastruktur, portfolio utama yang menjadi pusat pemulihan ekonomi itu, katanya.

Menteri Kesihatan sebelum ini Chris Hipkins menjadi menteri untuk tindak balas COVID-19. Ia tugas baharu yang akan memberikan tanggungjawab menteri untuk semua aspek daripada tindak balas yang sedang berlangsung, termasuk menjalankan kemudahan pengasingan yang dikendalikan, pertahanan sempadan dan juga tindak balas kesihatan termasuk sistem pengujian dan pengesanan kontak dan menguruskan kebangkitan semula virus, kata Perdana Menteri.

Andrew Little dilantik Menteri Kesihatan, mendorong pembaharuan sistem yang tertunda yang bertujuan meningkatkan hasil kesihatan bagi semua warga New Zealand, katanya.

Nanaia Mahuta akan menjadi Menteri Luar, wanita pertama dalam sejarah New Zealand yang dilantik memegang jawatan tersebut. – BERNAMA

CATEGORIES