Berita

Bar emas bernilai RM200,000 menanti pelanggan setia Ar Rahnu YaPEIM

- Diterbit 1 Julai 2020 1:51 PM MYT

SEBAGAI penghargaan kepada pelanggan, Ar Rahnu YaPEIM menawarkan 576 bar emas bernilai RM200,000 menerusi penganjuran Cabutan Kesetiaan Ar Rahnu YaPEIM bermula hari ini hingga 31 Disember nanti.

Bahagian Komunikasi Korporat YaPEIM berkata, Cabutan Kesetiaan merupakan pendekatan promosi Ar Rahnu YaPEIM dalam memperkenalkan produk pelengkap yang ditawarkan di cawangan Ar Rahnu YaPEIM.

“Semua pelanggan setia dan bakal pelanggan Ar Rahnu YaPEIM layak menyertai kempen dengan hanya membuat transaksi seperti gadaian dengan nilai Marhun RM1,000 dan ke atas atau jualan/belian barang kemas dengan nilai RM1,000 dan ke atas.

“Selain itu, transaksi Tabung Ibadah Qurban YaPEIM, Etiqa Takaful, belian produk YaPEIM Gold dan pendaftaran ahli privilege YaPEIM turut berpeluang untuk menyertai kempen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hotline 1300-88-1230 atau layari laman sesawang di www.arrahnuyapeim.net atau kunjungi Cawangan Ar Rahnu YaPEIM yang berdekatan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas