Berita

Bantu belia libat Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota

ZAIZALNIZAM (tengah) menerima cenderahati daripada wakil Majlis Belia Wilayah Persekutuan. ZAIZALNIZAM (tengah) menerima cenderahati daripada wakil Majlis Belia Wilayah Persekutuan.
- Diterbit 16 Oktober 2020 9:40 AM MYT

KUNJUNGAN hormat Majlis Belia Wilayah Persekutuan ke Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) pada 7 Oktober lalu, dilihat dapat menggalakkan penglibatan belia secara total dalam Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota.

Ini kerana, kata Ketua Pegawai Eksekutif YWP, Zaizalnizam Zainun, program yang dijalankan kerajaan itu merupakan inisiatif terbaharu untuk peluang perniagaan bagi golongan belia khas di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Jalinan kerjasama ini adalah tepat dan bersasar bagi membantu belia menjalankan beberapa program dalam pembangunan usahawan yang direncanakan kerajaan,” ujarnya ketika dihubungi Wilayahku.

Dalam pada itu, mengulas tentang Program Pembangunan Usahawan Anak Muda Kota, ujar Zaizalnizam, program tersebut sudah bermula dan ruangan niaga sudah disediakan.

Program yang diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa itu akan melibatkan 1,122 kios di 169 lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Reka bentuk yang dicadangkan juga akan kelihatan lebih moden, teratur, kemas dan bersih.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas