Biz

Bantu 1000 usahawan… Eskayvie anjur Nexus Success Convention 2022

Setia Alam
- Diterbit 27 Jun 2022 2:06 AM MYT

USAHA syarikat Bumiputera, Eskayvie Sdn Bhd (Eskayvie) untuk membantu ummah menjana pendapatan sejak fasa pandemik COVID-19 hingga endemik tidak pernah terhenti.

Sabtu lalu, syarikat ini membantu lebih 1000 usahawan Eskayvie Nexus di acara dipanggil Nexus Success Convention 2022 berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC), Setia Alam, Shah Alam.

Usahawan berkenaan datang dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.

KAUNTER pendaftaran Nexus Success Convention 2022 diserbu sebahagian daripada lebih 1000 Usahawan Nexus di Setia City Convention Centre, Setia Alam, Shah Alam baru-baru
ini.

Pengarah Urusannya, Kartika Wati Mohamed berkata, program julung kali diadakan itu bertujuan membangunkan potensi kepemimpinan setiap individu di dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

“Usahawan ini telah dilatih secara intensif sebaik sahaja berdaftar sebagai ahli. Sepanjang dua tahun menempuhi pandemik, pelbagai sesi latihan berkaitan sistem, pemasaran dan jualan telah diadakan hampir setiap hari secara atas talian.

“Istimewanya kali ini, konvensyen ini turut mengiktiraf pencapaian dan transformasi luar biasa usahawan Nexus berstatus Icon Circle yang berjaya menjana pendapatan melebihi lima angka sebulan pada tahun ini,” kata Kartika Wati.

KECERIAAN terpancar di wajah para usahawan Nexus yang hadir.

 

PERKONGSIAN oleh Nadiah Zainal Abidin dan  Shabaneeny Mahmud tentang jatuh bangun dalam kehidupan dan perniagaan telah banyak membuka mata hadirin dalam sesi perkongsian Hot Seat bersama Ketua Pegawai Pemasaran Eskayvie, 
Aizzuan Ali

Tambah Kartika Wati, meskipun tahun lalu kita semua telah berdepan pandemik dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, usahawan Nexus ini terus optimis.

“Mereka mampu melakukan perubahan dan beradaptasi dengan pelbagai cabaran di bawah bimbingan Eskayvie.

“Ini semangat juang berdaya saing yang kita mahu sampai bila-bila. Segala perkembangan dan kemas kini boleh dilihat  https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

atau  https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/  ,” kata Kartika Wati.

KARTIKA Wati, Pengarah Urusan Eskayvie memulakan acara Nexus Success
Convention dengan penuh semangat di hadapan lebih 1000 Usahawan Nexus yang hadir dari seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Singapura.

Kartika Wati berkata lagi, melalui visi memperkasakan kesihatan dan ekonomi ummah, mereka melihat ini sebagai satu misi dan tanggungjawab sosial berterusan.

“Semua dalam usaha melahirkan 1 juta usahawan Nexus aktif menjelang tahun 2027. Misi ini dilihat tidak mustahil kerana sehingga kini kami telah berjaya membantu lebih 70,000 orang usahawan Nexus meningkatkan tahap kewangan mereka.

“Kami turut mensasarkan jualan sebanyak 1 Billion US Dollar yang membabitkan pasaran sehingga ke 11 buah negara di Asia Tenggara. Dalam masa yang sama Eskayvie sentiasa bersedia dengan aktiviti kajian dan pembangunan yang berterusan.

“Ia termasuklah menghasilkan 500 produk baru yang berkualiti tinggi. Seterusnya mencipta 50,000 peluang pekerjaan kepada masyarakat,” kata Kartika Wati.

Hadir sama di persidangan berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri dan duta Eskayvie, Datuk Aznil Nawawi.

Aznil sendiri turut menyampaikan perkongsian mengenai penjenamaan dan skil komunikasi berkesan yang harus dikuasai oleh setiap usahawan Nexus.

“Sejak menyertai keluarga jenama ini, saya melihat usaha dilakukan tidak pernah bernoktah dalam pembangunan ummah.

“Tak kira daripada segi menawarkan produk dengan kualiti tinggi selain membantu ramai orang untuk menjana pendapatan, niat dan misi jenama ini saya pandang tinggi.

“Rasa kebersamaan juga wujud seperti kita sebuah keluarga besar yang sama-sama mengharungi pelbagai cabaran. Contohnya ketika di era pandemik COVID-19,” kata Aznil.

Program satu hari yang padat dengan perkongsian ilmu dan strategi perniagaan ini menerima banyak maklum balas daripada pengalaman sebenar usahawan yang telah berjaya meningkatkan ekonomi keluarga mereka sepanjang bersama Eskayvie Nexus.

Antaranya, wanita yang dikenali dengan nama Norain Akib, 32, yang berjaya mencapai jualan sehingga RM10 juta dalam tempoh lima bulan pertama pada tahun ini.

“Sebelum sertai keluarga jenama ini, saya kerugian besar dan tanggung hutang akibat berniaga tanpa ilmu. Apabila diperkenalkan dengan Eskayvie Nexus, semuanya berubah.

“Kami diajar teknik, strategi dan ilmu yang betul untuk kekal relevan dan terus berkembang dalam perniagaan”, kongsi Ain.

Azlina Aziz, 46, pula berkata percaturannya bersama jenama ini membuahkan hasil.

“Wang simpanan saya tak cukup untuk tanggung keluarga apabila terpaksa memilih program Pemberhentian Secara Sukarela (VSS) dan diberhentikan kerja.

“Namun, jenama ini bantu saya dengan ilmu yang betul untuk jana pendapatan sehingga lima angka sebulan melalui sistem yang teratur dan adil macam sistem Nexus ini,” ujar Azlina Aziz. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas