Bank setuju tiada caj tambahan pinjaman sewa beli
TENGKU ZAFRUL ABDUL AZIZ

Bank setuju tiada caj tambahan pinjaman sewa beli

PUTRAJAYA – Kerajaan telah mencapai kata sepakat dengan industri perbankan untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan shariah) sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, ini juga bermakna tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium (penangguhan).

“Sehubungan itu, peminjam perlu menyambung pembayaran ansuran seperti biasa berdasarkan
terma-terma perjanjian dengan pihak masing-masing termasuk
tambahan 6 bulan bagi keseluruhan jadual pembiayaan jika memilih untuk memanfaatkan moratorium tersebut.

“Maklumat lanjut boleh didapati daripada bank-bank masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini Tengku Zafrul dalam kenyataannya menyarankan kepada
industri perbankan mengenai pelupusan caj tambahan ke atas ansuran bagi pinjaman sewa beli (konvensional dan shariah).

Tengku Zafrul berkata, kerajaan berharap keputusan ini akan dapat meringankan beban rakyat dalam tempoh yang mencabar ini. – WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS