Berita

Bangunan ILP Labuan jadi pusat kuarantin Covid-19

BANGUNAN ILP Labuan.
- Diterbit 3 April 2020 5:19 PM MYT

LABUAN – Bangunan Institut Latihan Perindustrian (ILP) di sini telah diwartakan sebagai Pusat Kuarantin Covid-19 Labuan.

Bangunan itu sesuai berikutan lokasinya yang terletak berhadapan dengan Hospital Labuan.

Sebelum ini, Gerak Kerja Covid-19 di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Labuan yang dipengerusikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Dr Fary Akmal Osman mencadangkan Dewan Badminton di Kompleks Sukan Labuan sebagai pusat kuarantin.

Namun berikutan ketiadaan kemudahan dapur di dewan berkenaan, bangunan ILP telah diputuskan sebagai Pusat Kuarantin Covid-19 Labuan.

Pusat kuarantin ini akan menggunakan katil sedia ada di asrama ILP itu bagi menempatkan pesakit-pesakit di bawah siasatan (PUI) jangkitan Covid-19.

Pusat kuarantin itu telah dibersihkan dan dinyah kuman dan menempatkan pesakit-pesakit di bawah siasatan bermula 30 Mac lalu

Pusat kuarantin ini dikawal selia oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat manakala Jabatan Kesihatan berperanan dalam aspek perubatan ke atas pesakit-pesakit. – WILAYAHKU

KERJA-KERJA semburan disinfeksi dilakukan di bangunan ILP Labuan.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas