‘Bangun Kampung Baru untuk seimbangkan Melayu di ibu kota’

‘Bangun Kampung Baru untuk seimbangkan Melayu di ibu kota’

SHAH ALAM – Matlamat utama pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur bertujuan meningkatkan jumlah penduduk Melayu di pusat bandar bagi memastikannya seimbang dengan kaum lain.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, jika sebelum ini jumlah penduduk Melayu di kawasan tersebut tidak ramai tetapi selepas dibangunkan, sebanyak 45,000 unit rumah akan dibina.

“Saya harap ‘generasi 850’ mengambil kira perkara ini dan melihat ia satu tawaran berasas penilaian diajukan secara bertanggungjawab.

“Kita terus ke hadapan dan jangan mengharapkan tawaran harga lebih tinggi. Ramai yang tawar harga luar biasa tetapi tidak beli. Saya boleh tawarkan dengan harga RM10,000 bagi satu kaki persegi.

“Kita beri tawaran serius bagi menyelesaikan masalah penduduk Kampung Baru dan semua pihak mendapat manfaat,” katanya pada Wacana Sinar Harian Siri 131 bertajuk ‘Kampung Baru: Kekal Atau Dibangunkan’ di Dewan Karangkraf di sini semalam.

Katanya, terdapat laporan silap berhubung 90 peratus responden daripada 800 orang yang menyerahkan kembali borang tawaran harga tanah RM850 bagi kaki persegi kepada pihaknya.

“Bukan bersetuju dengan harga RM850 tetapi mereka harapkan lebih. Apa yang lebih penting sekarang adalah mereka bersetuju jual tanah dan bersetuju dengan program pembangunan Kampung Baru,” katanya.

Menurutnya, sekiranya pihak kerajaan menawarkan harga lebih tinggi bagi setiap kaki persegi tanah Kampung Baru, ia akan memberi kesan terhadap harga jualan.

“Kita beli mahal, maka harga jualan selepas Kampung Baru dibangunkan akan meningkat.

“Jika begitu, hasrat untuk mengekalkan ciri-ciri kesenian Melayu akan terjejas,” katanya. – WILAYAHKU

CATEGORIES