Berita

Bahrain kutuk serangan pengganas di Lapangan Terbang Antarabangsa Abha

- Diterbit 11 Februari 2021 3:41 AM MYT

BAHRAIN mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran dua dron bersenjata oleh militan Houthi terhadap wilayah selatan Arab Saudi, menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha pada Rabu, yang jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, lapor Agensi Berita Bahrain (BNA).

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan menegaskan pendirian Bahrain menyokong Arab Saudi dan semua yang menjaga keselamatan serta kestabilan termasuk langkah-langkah untuk menghadapi tindakan pengecut yang menyasarkan orang awam dan menggugat keamanan.

Kementerian juga memuji langkah berwaspada pasukan keselamatan gabungan dan kejayaan mereka memintas kedua-dua dron itu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas