Berita

Azhar, Azalina dilantik Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

- Diterbit 13 Julai 2020 7:55 AM MYT

BEKAS Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Datuk Azhar Azizan Harun sah dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat menggantikan Tan Sri Mohd Ariff Mohd Yusoff.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin mengusulkan pencalonan Azhar dan Azalina dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Takiyuddin Hassan dipercayai menyokong pencalonan Azhar dalam Sidang Parlimen sesi petang di sini hari ini.

Bagaimanapun, suasana bertukar kecoh apabila pembangkang mempertikaikan pencalonan tersebut.

Usul untuk mengosongkan jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat menang dalam undi belah bahagi yang menyaksikan Perikatan Nasional mendapat 111 undi manakala Pembangkang mendapat 109 dan satu berkecuali dan seorang ahli tidak hadir.

Sementara itu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat menggantikan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming yang meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.

Perdana Menteri mengusulkan pencalonan Azalina yang juga ahli parlimen Pengerang dan  Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyokong usul tersebut.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kemudian memasyhurkan perlantikan Azalina sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas