Berita

Azam Baki dilantik Ketua Pesuruhjaya SPRM

- Diterbit 9 Mac 2020 7:18 AM MYT

PUTRAJAYA – Yang di-Pertuan Agung, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan pelantikan Datuk Seri Azam baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke enam berkuatkuasa hari ini selaras dengan subseksyen 5(1) Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Pelantikan itu bagi menggantikan Latheefa Bibi Koya yang memendekkan perkhidmatannya minggu lalu selaras dengan subseksyen 5(3) Akta yang sama.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Latheefa atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan itu.

Azam, 57, sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM berpengalaman luas di dalam operasi SPRM selain pernah menjawat jawatan kanan di dalam badan itu termasuk menjadi Pengarah Bahagian Siasatan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas