Ayah DALER YUSUF Meninggal Dunia Kerana COVID-19
GAMBAR kenangan Daler Yusuf bersama arwah ayahnya,Dusmat Hamroyev yang meninggal dunia akibat COVID-19

Ayah DALER YUSUF Meninggal Dunia Kerana COVID-19

BELUM pun sampai sebulan pelakon Daler Yusuf bersedih kerana kehilangan nenek akibat COVID-19, semalam dia diuji pula dengan pemergian ayahnya disebabkan wabak yang sama. 

Menerusi instagram miliknya, Daler memberitahu, masih banyak impian ayahnya, Dusmat Hamroyev, 54, yang belum tercapai. 

“Ini adalah tahun mencabar buat  saya. Hari ini (semalam) ayah saya meninggal dunia kerana COVID-19. 

“Banyak hajat dan cita-cita dia yang belum kesampaian, tapi saya percaya Allah lebih menyayanginya. 

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang beriman. 

“Minta semua doakan Daler dan keluarga kuat. Amin…” tulis Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad,27. 

Arwah ayah Daler dijangkiti COVID-19 daripada arwah neneknya, Muhammadiyeva Shodi yang meninggal dunia pada 7 Ogos lalu.

Pasal kerjaya, Daler popular menerusi drama bersiri Tuan Anas Mikael, 

Encik Suami Mat Salih Celup, Nota Buat Cempaka, Jangan Benci Cintaku dan banyak lagi. 

Semoga kita semua terus menjaga kesihatan dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam memerangi pandemik COVID-19. – WILAYAHKU

 

CATEGORIES
TAGS