Berita

Atlet Labuan raih pingat perak di Sukan SEA Kemboja

AKSI Muhammad Aiqal di Sukan SEA Kemboja.
- Diterbit 12 Mei 2023 7:20 AM MYT

SKUAD Karate Malaysia meraih pingat perak menerusi atlet Muhammad Aiqal Asmadie bagi acara Kata Individu Lelaki.

Atlet berusia 19 tahun itu terpisah dari emas pada pusingan akhir dengan perbezaan 0.2 mata berbanding juara dari Indonesia.

Meskipun kecewa atas kekalahan tipis, ia merupakan pencapaian yang membanggakan setelah berjaya memperbaiki rekod gangsa pada Sukan SEA di Vietnam yang lalu.

Ia merupakan penyertaan kedua Aiqal bagi edisi Sukan SEA.

Turut mengiringinya Jurulatih Kata Negara, Sensei Mohd Norfarhan Nordin yang juga dari Labuan. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas