Berita

AstroX anjur Larian Venus promosi sains angkasa

LAKARAN peta larian Venus di Taman Wetland, Putrajaya.
LAKARAN peta larian Venus di Taman Wetland, Putrajaya.
- Diterbit 4 Julai 2019 7:11 AM MYT

PUTRAJAYA – Persatuan Astronautik Malaysia (AstroX) dengan usahasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Perbadanan Putrajaya bakal mengadakan Larian Venus pada 7 Julai 2019 bertempat di Taman Wetland Putrajaya.

Aktiviti larian yang bertemakan sistem cakerawala dan planet-planet tersebut adalah usaha untuk mendekatkan masyarakat dalam proses pendidikan yang mana sebelum ini ia hanya melibatkan guru-guru dan pelajar sekolah sahaja.

Menurut penganjur program, Kapten Faiz Kamaludin, ia adalah rangka untuk mempromosikan bidang sains dan roket kepada pelajar sekolah dengan melibatkan komuniti dalam acara larian riadah sejauh lima kilometer.

“Riadah ini akan mengurangkan tekanan mempelajari bidang sains. Dijangka lebih 300 peserta akan mengambil bahagian dalam larian sulung ini.

“Selain aktiviti larian, sebelum ini kami turut mengadakan bengkel roket dan sains, lawatan ke pusat latihan penerbangan simu­lator dan lawatan ke Planaterium Ne­gara sebagai aktiviti wajib AstroX,” ujarnya.

Tambahnya lagi, AstroX telah mempromosikan pengetahuan sains kepada murid-murid sekolah di seluruh Malaysia selama lebih sepuluh tahun dan usaha tersebut turut memberi impak yang positif.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas